Rasulullah SAW bersabda: “Sampaikanlah dariku walau satu ayat, dan ceritakanlah tentang Bani Israil tanpa perlu takut. Dan barangsiapa berbohong ke atasku dengan sengaja maka bersiaplah dia mengambil tempatnya di Neraka.” (Al-Bukhari)

Cara buat blogspot sendiri dengan lengkap

Sebelum membina blog sendiri, anda hendaklah mempunyai akaun GMAIL sendiri. Sila daftar akaun GMAIL jika anda maish belum mempunyai akaun GMAIL. 
Sudah mempunyai akaun GMAIL sendiri? Jom kita lihat bagaimana cara-cara untuk membina blog paling ringkas.
    1. Setelah berjaya mendapatkan akaun gmail, Klik blogger.com. Saya memasukkan email dan password email yang telah didaftarkan. Paparan akan dikeluarkan sebagaimana di bawah

    1. Paparan “Create your blog now” kelihatan. Ini bermakna saya masih belum mempunyai blog di akaun blogger ini. Klik icon “New Blog”.
    2. Saya memasukkan “Ibnu Shaari” sebagai nama blog(tajuk/title)dan ibnushaari.blogspot.com sebagai address ataupun alamat blog. 
    3. Sorry, this blog address is not available. Ini bermakna url tersebut sudah digunakan oleh orang lain. Maka anda harus memasukkan nama url  yang lain. Jika anda ingin meletakkan nama blog, pilihlah nama blog yang mudah diingati dan sesuai dengan isi kandungan yang akan anda kongsikan nanti di blogspot tersebut. Hindari daripada menggunakan special character dan juga nama yang terlalu panjang.

    1. Ada beberapa template default yang disediakan. Saya hanya menggunakan template “simple” sebagai template blogspot blogger pontian ini.Klik “Create Blog”.
    2. Blog anda sudah siap, seterusnya tulis satu artikel! Ikuti artikel ini http://ibnushaari.blogspot.com/2016/01/memahami-ruang-penulisan-artikel-pada.html bagi memahami ruang penulisan artikel yang terdapat pada blog anda!
    3. Selamat mencuba!
Cara buat blogspot sendiri dengan lengkap Cara buat blogspot sendiri dengan lengkap Reviewed by Unknown on 10:40 PM Rating: 5

No comments: