Rasulullah SAW bersabda: “Sampaikanlah dariku walau satu ayat, dan ceritakanlah tentang Bani Israil tanpa perlu takut. Dan barangsiapa berbohong ke atasku dengan sengaja maka bersiaplah dia mengambil tempatnya di Neraka.” (Al-Bukhari)

Tatacara solat jenazah


Hukum pelaksanaanya menurut ilmu fiqih adalah fardu kifayah, artinya jika di suatu tempat  ada muslim yang meninggal maka wajib kepada sebahagian daripada warga di wilayah tersebut melakukan solat jenazah. Jika tak ada seorang pun yang solat untuknya, maka berdosalah semua warga yang ada di wilayah tersebut.

Ada perbezaan diantara solat jenazah dengan solat fardu biasa, dimana pada solat jenazah ini tidak ada gerakan ruku’, sujud seperti solat yang sehari-hari kita lakukan, melainkan hanya berdiri saja dengan takbir sebanyak 4 kali.
Untuk lebih jelasnya, rukun shalat jenazah itu adalah :
  1. Niat
  2. Berdiri bagi yang mampu.  Untuk mereka yang tidak kuat berdiri boleh dilakukan dengan posisi duduk.
  3. Membaca Fatihah setelah takbir pertama.
  4. Membaca selawat setelah tekbir ke dua. Selawat yang dianjurkan untuk dibaca adalah selawat yang dibaca ketika duduk tasyahud akhi/ selawat ibrahimiah.
  5. Membaca do’a untuk jenazah setelah takbir ke tiga.
  6. Membaca do’a setelah takbir ke empat.
  7. Membaca salam.
Pernah suatu ketika orang yang fasiq meninggal dunia, maka kata para alim ulama, tidak perlu ramai orang untuk solat jenazah keatasnya kerana ingin memberi pengajaran kepada masyarakat sekeliling supaya kembali kepada Islam. Hukumnya tidak berdosa orang kampung selagimana ada orang yang menguruskan si mayat.
Tatacara solat jenazah Tatacara solat jenazah Reviewed by Unknown on 3:09 AM Rating: 5

No comments: