Rasulullah SAW bersabda: “Sampaikanlah dariku walau satu ayat, dan ceritakanlah tentang Bani Israil tanpa perlu takut. Dan barangsiapa berbohong ke atasku dengan sengaja maka bersiaplah dia mengambil tempatnya di Neraka.” (Al-Bukhari)

Hakikat cinta..



Sebenarnya kecintaan kepada Allah itu banyak dipengaruhi oleh pengaruh ilmunya dan juga makrifatnya kepada Allah swt.

Oleh sebab itu baginda nabi saw merupakan orang yang paling mencintai Allah swt dengan sepenuh hatinya kerana baginda saw adalah orang yang paling mengenali Allah swt.

Imam Hassan al Basri pernah berkata, "Kalau kamu kenal akan Tuhannya, maka dia akan mencintainya. Sesiapa yang mengenali dunia, nescaya dia akan bersifat zuhud kepada dunia."

Ibnu Taimiyyah juga pernah berkata, "sesuatu ibadat merupakan kepatuhan dan ketaatan yang mana disampingnya perlu ada unsur kecintaan dan kasih sayang."

Begitulah kalau seseorang cintakan sesuatu tetapi tidak patuh kepada kehendaknya, maka dia tidak dikatakan hamba kepada apa yang dicintainya.

Rasulullah saw bersabda:

"Sesiapa yang mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, memberi kerana Allah, menghalang kerana Allah, sesungguhnya telah menyempurnakan imannya." (Riwayat Abi Daud)

Rasulullah saw bersabda:

"Ikatan iman yang paling kukuh sekali ialah kecintaan kerana Allah dan kemarahan kerana Allah." (Riwayat Ahmad dan Al-Tabari)

Didalam hadis yang lain pula, Rasulullah saw bersabda:

"Ada tiga kalangan yang dapat mengecap kemanisan iman iaitu orang yang mencintai Allah dan rasulNya lebih daripada segala-galanya, orang yang mengasihi seseorang semata-mata kerana Allah, dan orang yang benar-benar tidak mahu kembali kepada kekufuran sesudah Allah melepaskan dirinya daripada kekufuran itu sama seperti dia benar-benar tidak mahu dicampakkan ke dalam api." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hakikat seorang hamba adalah dengan melakukan apa-apa yang dicintai dan disenangi Allah swt dan rasulNya, dan meninggalkan segala laranganNya.

Al faqir illallah Ibnu Shaari
Hakikat cinta.. Hakikat cinta.. Reviewed by Unknown on 10:16 PM Rating: 5

No comments: