Rasulullah SAW bersabda: “Sampaikanlah dariku walau satu ayat, dan ceritakanlah tentang Bani Israil tanpa perlu takut. Dan barangsiapa berbohong ke atasku dengan sengaja maka bersiaplah dia mengambil tempatnya di Neraka.” (Al-Bukhari)

Kelebihan membaca Sayyidul Istighfar



Penghulu segala istighfar
Sayyidul istighfar adalah istighfar yang dibacakan baginda nabi pada waktu pagi dan petang yang dijanjikan syurga kepada sesiapa sahaja yang membacanya lalu dia meninggal dunia pada hari itu sama ada pagi atau petang sebagaiman hadis yang diriwayatkan Imam Bukhari.
للَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ
Maksudnya:
Ya Allah, Engkaulah Rabbku tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Engkau. Engkau telah menciptakan aku dan aku adalah hambaMu. Dan aku tetap di atas perjanjian dan taat setia terhadapMu dengan segala kemampuanku. Aku berlindung denganMu daripada kejahatan yang aku lakukan. Aku mengakui segala nikmatMu kepadaku dan mengakui dosa yang aku lakukan, oleh itu ampunilah dosaku. Sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan dosa melainkan Engkau.
Kelebihan Sayyidul Istighfar:
Sesiapa yang mengucapkannya pada siang hari dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia pada hari tersebut sebelum petang, maka dia dari kalangan ahli syurga. Dan sesiapa yang mengucapkannya pada waktu malam dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia maka dia dari kalangan ahli syurga. (Riwayat Imam Bukhari)
InsyaAllah… kita sama-sama amalkan dan yakinlah maka jiwa kita akan sentiasa tenang. Kita minta daripada Allah taala untuk berlindung denganNya. Dan mohon supaya diampunkan dosa-dosa kita. Fadhilatnya juga sudah tersedia disini, Maha Suci Allah besarnya pengampunan dan rahmatNya.
InsyaAllah… moga-moga kita mengakui Allah taala sebagai rabbul alamin, yang menciptakan makhluk dan alam ini. Beriktikad bahawa seluruh amalan hanya kepada Allah taala, berjanji untuk terus istiqamah dalam beribadah. Berjanji akan melaksankan perintah dan meninggalkan laranganNya. Moga-moga kita manjadi hamba yang sentiasa mensyukuri nikmat Allah taala dan mengakui segala dosa yang dilakukan serta bertaubat padaNya.
Al faqir ilallah Ibnu Shaari
Kelebihan membaca Sayyidul Istighfar Kelebihan membaca Sayyidul Istighfar Reviewed by Unknown on 3:12 AM Rating: 5

No comments: