Rasulullah SAW bersabda: “Sampaikanlah dariku walau satu ayat, dan ceritakanlah tentang Bani Israil tanpa perlu takut. Dan barangsiapa berbohong ke atasku dengan sengaja maka bersiaplah dia mengambil tempatnya di Neraka.” (Al-Bukhari)

Memuliakan Orang Yang Berilmu



Manusia mulia kerana ilmu. ALLAH telah ajar Baginda Adam tentang nama-nama yang mana satu makhluk di syurga pun tidak tahu mengenai nama-nama seperti yang diajar kepada Baginda Adam. Maka, Malaikat mempertikaikan tentang perkara ini dan ALLAH Azza Wajalla buat satu pertandingan. Diberi satu benda dan ditanya tentang nama benda itu. Tiada malaikat yang dapat jawab tetapi Nabi Adam dapat jawab dengan betul. Sebagai hadiah, ALLAH perintahkan seluruh malaikat sujud kepada Nabi Adam..
Di sini beliau (syeikh) beritahu bahawa ini adalah dalil tentang kemuliaan seorang yang berilmu. Dalam perintah sujud pula, inilah dalil untuk memuliakan orang yang berilmu. Dalam perintah sujud tersebut, makhluk yang paling pantas dan cepat laksanakan sujud ialah Jibril Alaihis Salam. Maka ALLAH telah muliakan Jibril dengan memberikannya tugas menyampaikan wahyu kepada setiap Pesuruh ALLAH. Makhluk yang kedua terpantas yang sujud ialah Izrail (jika tidak salah saya) yang diberi kemuliaan untuk mencabut nyawa. Pada masa yang sama juga, terdapat satu makhluk yang mengingkari perintah ALLAH iaitu Azazil. Dia tidak memuliakan orang yang ALLAH muliakan. Maka, Azazil ini jauh daripada rahmat ALLAH.. begitu juga orang yang tidak memuliakan ulama.
Kemudian beliau (syeikh) beritahu bahawa setiap Nabi ada bawa ilmu masing-masing. Nabi Adam diutus oleh ALLAH untuk bawa ilmu Asma’ iaitu ilmu nama-nama benda dan nama-nama Rabb. Kemudian Nabi Idris bawa ilmu Kalam yang mana umat sebelum Baginda tiada satu pun yang tahu menulis. Kemudian, Nabi Nuh bawa ilmu syariat pertama yang ringan iaitu halal dan haram sahaja, yang mana umat sebelum Baginda tiada syariat ni. Kemudian, Nabi Ibrahim bawa ilmu perdebatan. Kemudian, Nabi Yusuf bawa ilmu tafsir mimpi dan sehinggalah Baginda Nabi Muhammad membawa kesempurnaan ilmu seluruh para Nabi yang mana ilmu yang dibawa oleh Rasulullah adalah pelengkap syariat.
 Beliau (syeikh) beritahu, umur umat di dunia ni seperti umur manusia yang mana pada awalnya manusia adalah bayi yang tidak perlu pada pakaian, hanya perlu dibedung saja. Kemudian, meningkat sikit, perlu pakai baju tapi tidak perlu pakai seluar. Kemudian, meningkat sikit lagi, perlu pakai seluar sampailah umur 20-an tahun yang mana tiada lagi tumbesaran berlaku pada manusia. Begitulah dengan umat manusia. Yang mula umat Nabi Adam, umpama bayi baru lahir. Umatnya tidak perlu ilmu yang berat-berat, cukup tahu nama-nama saja. Setelah usia meningkat dan terus meningkat, maka kita umat Nabi Muhammad adalah seumpama manusia yang berumur 28 tahun. Semua kita kena tahu dan wajib bersyariat kesemuanya.
Ilmu mengandungi banyak kelebihan. Antaranya, ilmu adalah asbab untuk dapat kemuliaan ALLAH, ilmu adalah asbab kekuatan dalaman bagi ahli ilmu. Ilmu yang dihasilkan dengan bertalaqqi akan menjadi mantap tetapi ilmu agama yang dihasilkan selain dengan cara talaqqi adalah maklumat semata-mata. Dengan talaqqi baru ia dikira sebagai ilmu. Belajar ilmu tanpa guru akan binasa dan akan membinasakan orang lain juga. Ilmu dapat memberi manfaat sekiranya dapat beramal dengan ilmu tersebut, dengan syarat mesti ikhls semata-mata kerana ALLAH.
Mufti Syafiq Pakistan telah memberikan taarif ilmu. Ilmu adalah cahaya yang datang dalam hati dan hati akan gelisah jika orang itu tidak beramal dengan ilmu tersebut. Ilmu yang diamalkan, belajar dengan ikhlas kerana ALLAH, ALLAH akann zahirkan perkataan ‘ulama itu.. dalam kisah Nabi Sulaiman, seorang ulama boleh bawa singgahsana Balqis lebih cepat daripada jin.
(Dipetik daripada bayan Maulana Syeikh Zulfiqar, Madrasah Sungai Long)
Memuliakan Orang Yang Berilmu Memuliakan Orang Yang Berilmu Reviewed by Unknown on 3:11 AM Rating: 5

No comments: