Rasulullah SAW bersabda: “Sampaikanlah dariku walau satu ayat, dan ceritakanlah tentang Bani Israil tanpa perlu takut. Dan barangsiapa berbohong ke atasku dengan sengaja maka bersiaplah dia mengambil tempatnya di Neraka.” (Al-Bukhari)

Mia Sara bertudung selepas kembali daripada umrah

Mia Sara Nasuha kini mencuba nasib menjual tudung menggunakan jenama MS Couture. ― Foto ehsan Instagram/Mia SaraMia Sara Nasuha kini mencuba nasib menjual tudung menggunakan jenama MS Couture. ― Foto ehsan Instagram/Mia Sara
KUALA LUMPUR, 28 Jan ― Redha dengan tawaran berlakon yang semakin berkurang selepas mengambil keputusan untuk bertudung sejak pulang dari umrah Disember lalu, pelakon cilik Mia Sara kini mencuba nasib dengan menjual tudung melalui Internet.
Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan, 11, berkata, setakat ini sambutan jenama tudung miliknya, MS Couture mendapat sambutan peminat.
"Walaupun kurang tawaran, rezeki saya lebih kepada hasil jualan tudung menerusi label milik saya iaitu MS Couture secara online. Selain itu saya juga dapat memberi fokus penuh pada pelajaran," katanya dipetik laporan mStar hari ini.
Pelakon “Strawberi dan Karipap” itu menganggap ada hikmah dirinya bertudung kerana dia tidak lagi diganggu rakan sekolah dan dikutuk pengikut di laman sosial seperti dahulu.
"Saya bersyukur, perubahan yang saya lakukan ini memberi banyak kebaikan pada diri saya.
"Kawan-kawan tidak mengganggu atau mengutuk saya lagi. Sebaliknya mereka memuji saya. Malah pada hari pertama saya ke sekolah memakai tudung, saya diserbu kawan-kawan pula.
"Pengikut-pengikut di Instagram pun sama. Mereka tidak lagi mengkritik saya sembarangan. Alhamdulillah, saya ambil setiap perkara ini secara positif," ujarnya.
Mengulas tentang tawaran berlakon yang semakin berkurang, Mia Sara berkata dirinya bersikap positif dan percaya rezekinya mungkin di tempat lain.
"Tawaran lakonan semakin kurang dan saya faham mengapa saya tidak diambil berlakon. Tidak mengapa kerana Allah akan memberi rezeki lain kepada saya nanti," katanya.
Mia Sara bertudung selepas kembali daripada umrah Mia Sara bertudung selepas kembali daripada umrah Reviewed by Ibnu Shaari on 7:07 PM Rating: 5

No comments: